Vacancies - Clerk

JABATAN: KEWANGAN (UNIT KAWALAN KREDIT)

 Syarikat Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi Sdn Bhd sedang mencari calon bagi jawatan Kerani berstatus sambilan di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS bagi membantu di Jabatan Kewangan menjalankan tugas-tugas Unit Kawalan Kredit dan dapat dilaksanakan tepat pada tarikh yang telah ditetapkan.

 

KOSONGAN              : DUA (2) ORANG

KADAR UPAH           : RM 6.00 sejam / RM 54.00 sehari

TEMPOH                    : 3 Bulan       

*Sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh boleh dilanjutkan sehingga tugas-tugas yang dikehendaki selesai.

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

i) Warganegara Malaysia.

ii) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan

iii) Minima Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia

iv) Mempunyai pengalaman atau mempunyai kelayakan pengajian dalam bidang Perakaunan atau Kewangan amatlah digalakkan untuk memohon

 

SKOP / DESKRIPSI TUGAS:

  1. Membantu kakitangan Unit Kawalan Kredit menyediakan data akaun pelajar bagi tujuan pungutan hutang dari pelajar atau penghutang lain.
  2. Menyemak data penghutang di sistem UBS dan sistem pelajar.
  3. Menyediakan surat peringatan dan memungut hutang penghutang
  4. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan atau mana-mana pegawai yang dilantik dari masa ke semasa

 

Tarikh akhir permohonan jawatan ini adalah pada 10 Julai 2020.

 

Permohonan boleh dihantar ke emel [email protected]

atau

JABATAN SUMBER MANUSIA (PENGAMBILAN)

No. 3, Jalan 31/10A,

Kawasan Perindustrian IKS,

Taman Batu Muda,

68100 Batu Caves, Kuala Lumpur.