Bahagian Hal Ehwal Akademik, Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, (PICOMS) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Seperti pemakluman yang dibuat pada Pekeliling Pejabat Pendaftar Bil 04/2020 bertarikh 7hb April 2020 berkaitan perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka serta aktiviti pelajar di Kampus secara fizikal adalah ditangguhkan ke tarikh baru mengikut pemakluman terkini Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) atau Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Walaubagaimanapun aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) diteruskan seperti biasa melalui e-pembelajaran mengikut kalendar akademik universiti.
Selain itu,peperiksaan akhir juga akan dijalankan secara dalam talian berdasarkan jadual peperiksaan yang akan diumumkan di laman sesawang PICOMS.
Pihak universiti berharap pelajar dapat mematuhi langkah-langkah keselamatan sepanjang Perintah Arahan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sekian, wasalam
Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik
Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS
Pautan Notis Pelajar : Notis Penangguhan Pembelajaran dan Pengajaran Secara Bersemuka
Pautan Pekeliling Pendaftar : Pekeliling Pendaftar 06_2020 Pemakluman Lapor Diri Secara Fizikal Di Kampus PICOMS susulan PKP Bersyarat