Merujuk kepada pengumuman YAB Perdana Menteri, mengenai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan kepada 14 April 2020,  pihak kerajaan telah mewartakan Peraturan yang dikenali sebagai Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 2) 2020 (P.U. (A) 109) (selepas ini disebut “Peraturan ini” )yang dibuat berdasarkan Seksyen 11 (2) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang memberi kuasa kepada Menteri yang berkaitan untuk mengeluarkan Peraturan tersebut.

Pihak Jabatan Pendidikan Tinggi melalui Bahagian Governan IPTS dalam email bertarikh 2 April 2020 juga telah memaklumkan kepada semua IPTS untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Dilampirkan poster yang dikeluarkan oleh JPT untuk rujukan anda.

Oleh yang demikian, Unit Undang Undang PICOMS telah menggariksan satu Notifikasi berkenaan Peraturan ini. Sila rujuk Notifikasi yang telah dilampirkan dan sila patuh dan ikut arahan-arahan di dalam Peraturan ini kerana pihak PICOMS memandang serius dengan setiap kawalan pergerakan warga PICOMS.

Bersama-sama kita mengambil langkah berjaga-jaga di dalam tempoh PKP ini dan sekiranya ada sebarang maklumat terkini, kami akan sampaikan kepada anda dari semasa ke semasa.

Sekian. Terima Kasih

Stay Home Stay Safe

Notifikasi Peraturan-peraturan dalam tempoh PKP