Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bahagian Hal Ehwal Akademik, Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, (PICOMS) ingin memaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Akhir bagi Ambilan 2017/2018/2019 yang telah menduduki Peperiksaan Akhir pada 17 -24 Januari 2020 dan 11 – 28 Februari 2020.
Kesemua keputusan Peperiksaan Akhir ini telah mendapat kelulusan pada Mesyuarat Senat PICOMS ke 18 (Bil.03/2020) yang telah bersidang pada 2 April 2020.
Keputusan Peperiksaan Akhir boleh didapati pada 8 April 2020 bermula jam 3.00 petang.
ARAHAN KEPADA PELAJAR:
1. Pelajar boleh mendapatkan keputusan melalui Portal pelajar di laman sesawang: http://student.picoms.edu.my
2. Login menggunakan : No Matrik
3. Password menggunakan : No kad pengenalan tanpa sempang (-)
> Pautan Notis Pelajar (Notis Pelajar Keputusan Peperiksaan Akhir 2020)