KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS 
PEJABAT PENDAFTAR 
BAHAGIAN KEMASUKAN DAN REKOD 

SOALAN LAZIM 

FAQ (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS) BIL. 

SOALAN DAN JAWAPAN 

 

1 

Bagaimana permohonan boleh dibuat? 

Permohonan pelajar baharu boleh dibuat di pautan: apply.picoms.edu.my 

 

2 

Adakah permohonan/pendaftaran walk-in dibenarkan? 

TIDAK. Ini berdasarkan kenyataan media KPT bertarikh 31 Mei 2021, semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menangguhkan sebarang pergerakan pelajar sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Pelajar perlu kekal berada di lokaliti masing-masing. 

 

3 

Macam mana nak daftar online? 

Pendaftaran pelajar baharu ambilan September 2021 bagi semua Peringkat Pengajian akan bermula pada 18 SEPTEMBER 2021. 

Sila klik pada pautan: Pendaftaran Pelajar Baharu ambilan September 2021 

 

4 

Saya nak tukar program lah Cik, tapi saya baru nak buat payment. Boleh tak? 

Calon hanya perlu menghubungi PICOMS melalui talian berikut: 

1. Hotline : 1700-81-7997 

2. WhatsApp : 014-679 1426 

3. Emel : [email protected] / [email protected] 

 

5 

Bolehkah saya mendaftar dalam talian dulu, nanti esok saya buat pembayaran yuran pendaftaran secara TUNAI? 

TIDAK, pembayaran perlu dibuat sebelum mendaftar melalui kaedah PINDAHAN AKAUN. 

 

 

 

6 

Bagaimana proses pembayaran yuran pendaftaran? 

Kaedah pembayaran yuran pendaftaran seperti berikut: 

1. Perbankan dalam talian (Instant Transfer) 

2. Pembayaran 3rd Party Transfer melalui mesin ATM/CDM 

3. Pembayaran di kaunter cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 

Bayaran boleh dibuat dengan merujuk butiran di bawah: 

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 

No Akaun : 1401 4010 1197 89 

Nama Akaun : KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI SDN. BHD. 

BIL. 

SOALAN DAN JAWAPAN 

 

7 

Sekiranya calon pelajar telah membuat pembayaran yuran pendaftaran dan terdapat lebihan, bagaimana dengan lebihan bayaran tersebut? 

Lebihan bayaran tersebut boleh dituntut dengan menghantar permohonan melalui emel ke [email protected]. Calon perlu melampirkan salinan/bukti pembayaran dan butiran pemohon. 

 

8 

Adakah saya perlu membayar Yuran Pendaftaran dan Yuran Asrama sebelum membuat pendaftaran? 

Calon pelajar hanya perlu membuat pembayaran Yuran Pendaftaran SAHAJA sebelum mendaftar. 

 

9 

Saya Alumni PICOMS, adakah saya perlu memberikan dokumen juga? 

YA. Pelajar dikehendaki melengkapkan Borang, membawa Dokumen Asal dan Salinan yang telah disahkan dengan merujuk Senarai Semak (Lampiran bersama Surat Tawaran). 

 

 

10 

Saya masih belum mendapatkan pengesahan semua dokumen kerana dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adakah saya dibenarkan membuat pendaftaran? 

YA, calon hanya perlu menyediakan dan melampirkan Dokumen Sokongan (Pendaftaran) yang dinyatakan sahaja semasa membuat pendaftaran. Dokumen Asal dan Salinan yang telah disahkan dengan merujuk Senarai Semak (Lampiran bersama Surat Tawaran) perlu dihantar semasa Sesi Penyerahan Dokumen sebelum menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1. 

 

11 

Adakah nanti pelajar perlu membawa dokumen asal? 

YA. Pelajar dikehendaki membawa Dokumen Asal dan Salinan yang telah disahkan dengan merujuk Senarai Semak (Lampiran bersama Surat Tawaran) apabila dimaklumkan kelak. 

 

12 

Saya belum buat Pemeriksaan Kesihatan. Bolehkah saya membuat pendaftaran? 

Boleh, calon hanya perlu melampirkan dokumen sokongan yang dinyatakan semasa membuat pendaftaran. Laporan Pemeriksaan Kesihatan dan dokumen lain seperti di dalam Senarai Semak perlu dihantar semasa Sesi Penyerahan Dokumen sebelum menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1. 

 

13 

Selepas membuat pendaftaran, adakah dibenarkan untuk menukar program pengajian? 

YA, pelajar perlu menghantar permohonan sepanjang tempoh add and drop melalui emel ke [email protected]. Semakan Syarat Kemasukan akan dilakukan oleh Bahagian Kemasukan dan Rekod. 

 

14 

Bolehkah saya mendapatkan salinan resit rasmi pembayaran Yuran Pendaftaran? 

YA, resit rasmi pembayaran yuran pendaftaran akan diemel ke emel yang telah diberikan oleh calon pelajar. Permohonan boleh dibuat melalui emel ke [email protected]. Calon perlu melampirkan salinan/bukti pembayaran dan butiran pemohon. 

BIL. 

SOALAN DAN JAWAPAN 

 

15 

Saya da daftar, bila saya akan mendapat No Matrik Pelajar? 

No Matrik dan Emel Rasmi Pelajar akan diberikan kepada pelajar yang LAYAK dalam tempoh 72 jam selepas melengkapkan Pendaftaran Pelajar Baharu secara dalam talian. 

 

16 

Selepas membuat pendaftaran, adakah saya perlu hadir ke kampus bagi penempatan asrama? 

TIDAK. Semua aktiviti secara bersemuka adalah tidak dibenarkan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. 

 

17 

Boleh saya tahu, bila Kuliah start ye? 

Sesi Kuliah secara dalam talian bagi ambilan September 2021 akan bermula pada 27 September 2021. Minggu Kuliah akan berlangsung selama tujuh (7) minggu bagi Semester Pendek. 

 

 

18 

Talian untuk dihubungi sepanjang tempoh PKP 

Untuk sebarang pertanyaan, Bakal Pelajar boleh menghubungi PICOMS melalui talian berikut: 

1. Hotline : 1700-81-7997 

2. WhatsApp : 014-679 1426 

3. Emel : [email protected] / [email protected] 

 

19 

Boleh saya tahu, saya layak dapat biasiswa tak. 

Permohonan adalah selepas berakhirnya Semester Pertama dengan merujuk syarat-syarat berikut; 

Syarat Pertama – Mendapat Surat Tawaran dan Mendaftar sebagai Pelajar PICOMS 

Syarat Kedua – Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.50 bagi Semester Satu 

Syarat Ketiga – Asnaf (Fakir, Miskin, Mualaf) 

 

 

20 

Saya sedang bekerja, boleh saya tahu bila last saya boleh mendaftar untuk intake ni? 

Tarikh akhir Pendaftaran Pelajar Baharu adalah seperti ketetapan berikut: 

1. Undergraduate : 10 Oktober 2021 

2. Pascasiswazah (Kerja Kursus) : 26 September 2021