1) PENASIHAT UNDANG-UNDANG

Kelayakan :

  • Bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat mengenai perkara dan masalah perundangan dan mentafsirkannya selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain.
  • Memberi khidmat nasihat dan pandangan undang-undang kepada PICOMS mengenai isu undang-undang berkaitan institusi pendidikan;
  • Memberi nasihat perundangan dan menyemak dokumen berkenaan hal-hal perundangan, MoU serta kontrak perjanjian;
  • Memberi khidmat nasihat perundangan kepada PICOMS dalam menjalankan tugas-tugas utama dalam pembangunan PICOMS;
  • Menyediakan perjanjian-perjanjian dan MoU yang berkaitan; dan Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Syarat Kemasukan :

  • Warganegara Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mempunyai minima 5 tahun pengalaman terutamanya dalam institusi pendidikan. 
  • Mempunyai etika kerja yang cemerlang, gaya kepimpinan dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan dengan pengawasan yang minima.

 

2) KERANI

Deskripsi Tugas

  •  Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Skop Fungsi dan Bidang Tugas

 Aspek Perkeranian:-

  • Pentadbiran pejabat
  • Pengurusetiaan
  • Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
  • Pengurusan Rekod.
  • Pengurusan Kewangan.
  • Pengurusan Fail.

 Syarat-Syarat Kelayakan :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
  • Minima lepasan SPM atau lepasan Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada  institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setara  dengannya; - Boleh bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Berkemahiran dalam mengendalikan komputer- Boleh bekerja lebih masa

 

3) PEMANDU

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van dan kenderaan ringan pacuan empat roda.

 

Syarat Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
  • berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Calon-calon boleh memohon jawatan kosong seperti diatas dengan cara yang berikut:

1. E-mel
Nyatakan jawatan yang dipohon di tajuk email anda. Kemukakan semua permohonan melalui e-mel ke alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Semua permohonan perlu disertakan dengan resume pemohon dan gambar terkini pemohon

2. Pos Biasa

Sila tulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat anda. Semua permohonan boleh dihantar ke alamat:

JABATAN SUMBER MANUSIA 
KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS

No.3, Jalan 31/10A, Kawasan Perindustrian IKS, 
Taman Batu Muda, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur. 
Tel: 03-6192 0600/700 Fax: 03-6187 9510

Batu Muda Campus

No.3, Jalan 31/10A, Kawasan Perindustrian IKS,
Taman Batu Muda, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur.
Tel: 03-6192 0600 / 700   Fax : 03 - 6187 9510

Jalan Ipoh Campus

Bangunan Wisma Baitulmal,
Lot 132-138, 51200 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Tel : 03 - 4044 9504 /05   Fax : 03-40449502

Plaza Permata Campus

Suite 1403, Level 14, 20 & 21 Plaza Permata,
No.6, Jalan Kampar, Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
03 - 40400 530 / 531, 03 - 40507926, 03 - 40511220

Copyright © 2019, PICOMS International University College. All Rights Reserved.

Search