English Arabic Malay

Latar Belakang

Kolej Universiti ini bermula pada 1993 sebagai Pusat Latihan Jururawat dibawah pentadbiran Hospital Pusrawi dengan melatih Pembantu Klinik untuk menjadi Penolong Jururawat bagi keperluan Hospital Pusrawi. Pada tahun 2003, Kolej didaftarkan sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menawarkan Kursus Diploma Sains Kejururawatan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Perkembangan yang amat sederhana ketika itu, menuntut satu transformasi menyeluruh dimana pada 2010 dengan pelantikan YBhg Prof. Datuk Dr. Haji Mahamad Zubir bin Sheikh Saad sebagai Pengerusi Eksekutif telah mengubah senario pengurusan di Kolej. Pendekatan pertama adalah dengan penjenamaan semula pada Mac 2011 dimana kolej dahulunya dikenali sebagai Kolej Kejururawatan Pusrawi telah ditukar nama kepada Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (Pusrawi International College of Medical Sciences) atau singkatannya PICOMS.

Bermula dengan satu program iaitu Diploma Sains Kejururawatan, kini PICOMS menawarkan 12 program peringkat Diploma dan 1 peringkat sijil iaitu Certificate in Post Basic Renal Nursing. Bilangan pelajar sehingga kini adalah lebih dari 4000 orang pelajar.

Walaupun fokus utamanya adalah pendidikan, PICOMS mengambil inisiatif menjadikan cabang keusahawanan sebagai fokus sampingan dengan menubuhkan PICOMS Trade & Service Centre (PTSC). Dibawah Unit ini diwujudkan PICOMS Healthcare Centre (PHC) dan PICOMS Trade Centre (PTC). PHC mengurus tadbir pusat-pusat perkhidmatan kesihatan seperti Unit Hemodialisis, Unit Fisioterapi & Rehabilitasi, Unit Nursing Home Care, Unit Farmasi & Ubat-ubatan dan Unit Paramedik. Manakala PTC pula bertanggungjawab mengeluarkan produk-produk kesihatan dan kecantikan melalui R&D dibawah jenama Meriel. Jenama ini telahpun berada dipasaran dan telah menempatkan kedudukan yang baik diantara jenama kecantikan. Selain tempat latihan, pusat-pusat ini telah memberi peluang-peluang pekerjaan kepada graduan PICOMS.

Pada tahun 2018, PICOMS sebagai salah satu institusi pendidikan milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melakar sejarah tersendirinya apabila dinaiktaraf ke Kolej Universiti pada 13 April 2018 dan dikenali sebagai Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS. PICOMS akan berusaha meningkatkan kualiti pendidikan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri, kepimpinan, berkemahiran berfikir aras tinggi dan berintegriti untuk bersaing di peringkat global dan memenuhi perspektif antarabangsa.

Batu Muda Main Campus

    No.3, Jalan 31/10A, Kawasan Perindustrian IKS,Taman Batu Muda, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur

  TEL: 03-6192 0600/700
FAX: 03-6187 9510
info@picoms.edu.my 

Plaza Permata Campus

 Suite 1403, Level 14, Plaza Permata
No.6, Jalan Kampar, Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

TEL: 03-40400530 / 40400531
FAX: 03-40400507

Jalan Ipoh City Campus

Bangunan Wisma Baitulmal, Lot 132-138, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

TEL : 03 - 4044 9504 / 05
FAX : 03 - 4044 9502

Jalan Rahmat Campus

    Bangunan Tabung Haji, 28, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh,50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.