DARI UTARA HINGGA KE BORNEO, PICOMS JADI PILIHAN PELAJAR

PENDAFTARAN PEAJAR BAHARU AMBILAN DISEMBER 2021 :
DARI UTARA HINGGA KE BORNEO, PICOMS JADI PILIHAN PELAJAR

11 Disember 2021 : Hari Pendaftaran Pelajar Baharu bagi ambilan Disember 2021 telah berlangsung di Dewan Utama Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Kampus Batu Muda, Batu Caves. Majlis yang berlangsung mengikut pematuhan SOP penuh, bermula seawal jam 9.00 pagi dengan kehadiran pelajar baharu dari seluruh negara, sejauh dari negeri Perlis sehinggalah ke Sabah.

Majlis diserikan dengan kehadiran, semua Dekan dan Naib Canselor, Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Bin Wan Sulaiman yang meluangkan masa menyampaikan taklimat dalam sesi ramah mesra bersama ibu bapa dan pelajar. Kesemua pelajar yang hadir melahirkan rasa gembira bergelar mahasiswa baharu PICOMS dan teruja untuk memulakan sesi pembelajaran.

Bagi Muhammad Fadzli Bin Ibrahim, pelajar dari Pulau Pinang yang memilih mengikuti pengajian dalam program Diploma Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, beliau amat yakin dengan kualiti proram yang ditawarkan di PICOMS. “saya tahu program OSH di PICOMS mendapat pengiktirafan dari IOSH dan DOSH, saya harap dapat menimba semaksimum mungkin ilmu dan pengetahuan dalam bidang ini”.

IOSH (The Institution of Occupational Safety and Health) merupakan sebuah badan bertauliah Antarabangsa. Dengan pengiktirafan IOSH program Diploma Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan PICOMS diiktiraf di 130 buah negara di dunia. Diploma Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan PICOMS juga diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP), Department of Occupational Safety and Health (DOSH) Malaysia. Dengan pengiktirafan ini, graduan PICOMS hanya perlu bekerja selama 3 tahun dalam bidang Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan untuk mendapat buku hijau tanpa perlu mengambil kursus SHO selama 22 hari.

Berbeza pula dengan Jesinta Tabita, pelajar dari Sabah yang memilih melanjutkan pengajian dalam program Diploma Pembantu Perubatan. “saya memang berminat dalam program sains kesihatan, terutama program pembantu perubatan dan kejururawatan, kedua-duanya ditawarkan di PICOMS, agak sukar untuk buat pilihan, kedua-duanya bagus, akhirnya pilih program Pembantu Perubatan”. Mengakui telah menerima tawaran dari universiti lain sebelum mendaftar di PICOMS, namun akhirnya memilih PICOMS kerana kualiti program yang ditawarkan dengan 28 tahun pengalaman dalam menawarkan program sains kesihatan.

Rata-rata ibu-bapa turut hadir menemani pelajar untuk proses pendaftaran hari ini. Encik Aliff Affandy Abdullah bapa kepada Azinor Eldayuhanis pelajar lepasan STPM yang melanjutkan pengajian bagi program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Pengurusan Sumber Manusia) pula memilih PICOMS kerana testimoni yang cukup baik dari rakan-rakan yang telah menghantar anak mereka ke PICOMS sebelum ini. “ramai rakan-rakan mencadangkan saya menghantar anak sambung belajar di sini, saya harap dia dapat tamat dengan cemerlang dan mendapat pekerjaan yang baik”

In Sha Allah PICOMS sentiasa mendoakan kejayaan semua pelajar baharu yang mendaftar hari ini. Kepada pelajar di luar sana yang masih belum mendaftar dan menyambung pengajian, tempoh pendaftaran bagi ambilan terakhir ini masih dibuka sehingga 16 Januari 2022. Mohon segera secara dalam talian di pautan apply.picoms.edu.my atau hubungi 1-700-88-7997 / 03 6192 600.

“kekangan kewangan bukan alasan tidak menyambung pengajian”

#PICOMSgemilang
#jommasukPICOMS
#ingatbelajaringatpicoms