26 Tahun Kejururawatan di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS

Majlis Makan Malam Alumni Kejururawatan Bersempena Sambutan 26 Tahun Fakulti Kejururawatan Di PICOMS telah diadakan di Hotel Dorsett Putrajaya pada 11 Disember 2021.

Majlis ini disambut didalam suasana norma baharu Pandemik COVID-19 dengan mematuhi SOP penganjuran majlis sosial. Ucapan aluan majlis telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman.

Objektif utama program ini adalah bagi meraikan dan mengumpulkan alumni dari program Diploma Kejururawatan PICOMS dari pelbagai tahun graduasi.

Seramai 80 alumni hadir pada majlis ini yang telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob, Pengerusi Lembaga Pengarah PICOMS.

Sejumlah RM 1,575.00 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan alumni PICOMS yang di salurkan ke Tabung Wakaf, Endowment dan Infaq (TAWFEQ).

Setinggi ucapan terima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan Kejururawatan PICOMS diatas kerjasama erat para barisan sekreteriat penganjuran bagi menjayakan majlis ini.

Fakulti Kejururawatan PICOMS adalah suatu nama yang gah dan mempunyai sejarah dan latar belakang yang panjang dalam dunia kejururawatan.

Ianya bermula dari sebuah sekolah jururawat pada tahun 1993, sehinggalah hari ini dimana ianya telah dinaik taraf sebagai sebuah fakulti pengajian di PICOMS.

Setinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada para alumni yang diraikan, diatas komitmen dan masa yang diberikan bagi hadir memeriahkan lagi majlis makan malam ini.

#picoms 

#picomsgemilang 

#jommasukpicoms 

#AlumniPICOMS 

#nursingpicoms

Leave a Reply