GRADUAN PICOMS : DARI BATU CAVES KE BAVARIA, GERMAN (PART 3)

GRADUAN PICOMS : DARI BATU CAVES KE BAVARIA, GERMAN (PART 3)

Walaupun telah lebih sebulan berlalu, kenangan dan kisah kejayaan Alumni PICOMS menjejakkan kaki dan berkhidmat di bumi Eropah masih segar dalam ingatan….

Alhamdulillah…terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas kesudian hadir dan menyempurnakan Majlis Amanat Bersama Alumni PICOMS di German, secara dalam talian pada 11 September 2021 yang lalu. Memetik kata-kata YBhg Pengerusi MAIWP,

“anak Melayu belajar Bahasa German dalam masa 6 bulan! ini luar biasa”

In Sha Allah semua graduan PICOMS memang luar biasa! Adalah menjadi tanggungjawab PICOMS dalam memastikan setiap graduan yang dilahirkan sentiasa bersedia mendepani sebarang cabaran.

Majlis yang dihadiri oleh semua Pengurusan Kanan PICOMS diketuai oleh YBhg Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, turut dihadiri oleh Mr. Harald Bencinic, Ketua Pegawai Eksekutif Bencinic & Sons International dan Encik Mahzan Bin Abdul Samad, Pengarah Urusan MAS BSI Sdn. Bhd.

Perkembangan terkini pada 14 Oktober 2021, 3 orang Alumni PICOMS telah melaporkan diri di Klinikum Landshut, Bavaria German. In Sha Allah 2 orang lagi Alumni PICOMS akan terbang ke bumi Eropah malam ini, dan turut akan melaporkan diri di Klinikum Landshut.

Liputan penuh boleh ke Laman Sesawang Rasmi Klinikum Landshut

https://www.klinikum-landshut.de/nc/aktuelles/meldungen/artikel/verstaerkung-durch-malaysische-pflegekraefte.html

Kepada Alumni PICOMS di German yang telah memulakan pekerjaan secara rasminya di Klinikum Landshut, Bavaria German, PICOMS mengucapkan selamat maju jaya. Anda semua kebanggaan PICOMS.

*tak sabar melihat kumpulan Alumni PICOMS seterusnya yang akan terbang ke negara Matahari Terbit pula nanti. In Sha Allah dalam masa terdekat…sama sama kita doakan.

#jommasukPICOMS
#ingatbelajaringatPICOMS
#daripenerimazakatkepadapembayarzakat

Leave a Reply