YBhgia Prof/Dr/Tuan/Puan
 
PEKELILING PENDAFTAR BIL. 04/2021: PEMAKLUMAN MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-11 KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.   Pekeliling Pendaftar Bil. 04/2021 bertarikh 15hb Mac 2021 adalah bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan Majlis Konvokesyen Kali Ke-11 Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS secara fizikal pada 27hb Mac 2021. Majlis Konvokesyen ini diteruskan secara temujanji bermula pada 28hb Mac 2021 hingga 2hb April 2021. 
 
3. Pelaksanaan majlis ini adalah tertakluk kepada Peraturan Majlis Konvokesyen PICOMS dibaca bersama SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk Penganjuran Majlis Sosial (PKPB). 
 
4. Tuan/Puan boleh merujuk pada Pekeliling Pendaftar Bil 04/2021 untuk maklumat lanjut. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan amat dihargai.
 
Sekian, Terima kasih