PICOMS NEWS TEAM | 16 Disember 2020

Alhamdulillah, sebagai penutup tirai tahun 2020, Pusat Hemodialisis MAIWP PICOMS telah mendapat sumbangan wakaf tunai berjumlah RM400,000.00 oleh Bank Pertanian Malaysia Berhad (AGROBANK) di dalam Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis MAIWP PICOMS pada 15 Disember 2020 di Dewan Utama Kampus Batu Muda PICOMS. Sumbangan ini disalurkan terus ke Tabung Wakaf Pusat Hemodialisis PICOMS MAIWP, di bawah Pusat Wakaf My Rahmah PICOMS. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir adalah Dato Sri Syed Hussien AL Habshee, Pengerusi MAIWP, Datuk Hj Akbar B Hj Samon, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan En Zahid Ahmad Zawawi, Ketua Pegawai Operasi, Bank Pertanian Malaysia Berhad (AGROBANK)
 
Tujuan utama sumbangan wakaf tunai Agorwaqf dari AGROBANK ini adalah untuk pembelian 10 mesin hemodialisis yang baharu yang diperlukan di Pusat Hemodialisis MAIWP PICOMS (PHMP) bagi menampung jumlah pesakit dialisis yang ramai.
 
Satu Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara AGROBANK dan PICOMS telah dimeterai pada 12 Mei 2020, dimana jumlah keseluruhannya adalah RM600,000.00 dari dana khairat produk AGROBANK, RM400,000.00 secara wakaf tunai dan RM200,000.00 lagi adalah secara “crowd-funding”.
Naib Cancelor PICOMS, Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Bin Wan Sulaiman berkata, jumlah dana yang telah disampaikan ini akan digunakan sepenuhnya oleh PHMP untuk membeli 10 mesin dialisis, kerana mesin sedia ada sudah menjangkau usia lebih lapan tahun dan perlu diganti dengan mesin yang baharu. Selain daripada itu, segala peralatan sedia ada di pusat itu juga akan ditambahbaik bagi memastikan Pusat Dialisis PICOMS mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit yang majoritinya terdiri daripada kalangan asnaf.
 
Menurutnya lagi, selain Tabung Wakaf Pusat Hemodialisis, PICOMS turut melaksanakan 4 program wakaf yang lain di bawah Tabung Amanah Wakaf, Endowmen dan Infaq (TAWFEQ) iaitu:
1.Wakaf Pembangunan Dapur Setempat (Centralized Kitchen) untuk program Food Bank,
2.Wakaf Ambulan dibawah perkhidmatan Medicare2U,
3.Wakaf Pusat Pemulihan (Rheab Centre)
4.Wakaf Komputer Riba kepada para pelajar.
Orang ramai yang ingin turut serta dalam projek wakaf tunai mesin dialisis Agrobank-PICOMS ini boleh menyumbang di akaun Wakaf Agrobank, PICOMS & MAIWP (1007021000076102 – Agrobank).
 
Majlis turut menyaksikan penyerahan Wakaf Komputer Riba melalui wang Wakalah PPZ MAIWP kepada para pelajar PICOMS yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan mendapatkan komputer riba untuk sesi pembelajaran mereka.
 
Selain itu, sesi penyerahan Bantuan Biasiswa penuh Zakat MAIWP telah diberikan oleh pihak MAIWP kepada 26 para pelajar asnaf PICOMS yang cemerlang berjumlah RM1.638juta. Bantuan ini diperkenalkan dan diberikan kepada pelajar-pelajar yang layak bermula dari pelajar sesi April 2020. Pelajar yang layak menerima Biasiswa Penuh MAIWP ini adalah daripada kalangan pelajar asnaf yang cemerlang dengan memperolehi keputusan peperiksaan semester pertama dengan purata nilai gred, PNG 3.5 dan keatas. Biasiswa Penuh MAIWP sebanyak RM 5.8juta telah diperuntukkan dan ianya akan membiayai keseluruhan yuran pengajian pelajar sepanjang di PICOMS serta memberikan elaun bulanan sebanyak RM500 sebagai wang saku pelajar. Diharapakan Bantuan Biasiswa Penuh ZAKAT MAIWP ini dapat melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dari kalangan asnaf di masa akan datang seiring dengan usaha negara dalam melahirkan lebih ramai generasi berilmu di negara kita.
 
Semoga PICOMS dapat memberikan yang terbaik kepada para pelajar khususnya dan masyarakat amnya. Tahniah PICOMS!
Terima kasih pihak AGROBANK dan MAIWP.
 
Terima kasih YBS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.