PICOMS NEWS TEAM | 24 NOV 2020
 
PICOMS komited ke arah kolej universiti yang berteraskan tanggungjawab sosial. Sebagai syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), PICOMS selari ke arah visi yang sama iaitu menjadi peneraju dalam pembangunan dan kesejahteraan ummah.

PICOMS telah dipilih untuk menjadi penerima anugerah Sustainability & CSR Malaysia Awards 2020 bagi kategori institusi pengajian tinggi. Hadir bagi menerima anugerah ialah Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Bin Wan Sulaiman, Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS.
Penganugerahan Sustainability & CSR Malaysia Awards 2020 ini adalah hasil gerak kerja para pelajar yang banyak memberi sumbang bakti kepada komuniti dan masyarakat setempat melalui aktiviti berteraskan kemasyarakatan. Selain itu, penerapan nilai kesukarelawan dalam diri pelajar amat dititik berat dengan melibatkan pelajar dengan pelbagai aktiviti kebajikan.
Pelbagai program telah dijalankan bagi tahun 2019/2020 dibawah kerangka khidmat masyarakat dan kerjasama antarabangsa. Antaranya adalah program ibadah korban Jalinan Ummah PICOMS Kemboja pada 2019 serta PICOMS Global Mobility Lombok, Indonesia. Selain itu, penglibatan berterusan pelajar juga didalam aktiviti plogging bersama komuniti serta pembersihan dan pemuliharaan sungai bersama NGO luar.
Prof. Dr. Wan Mohd Azizi juga turut berkongsi perancangan bagi 2021 yang mana PICOMS berhasrat untuk menekankan penglibatan pelajar didalam pembelajaran dan kajian berteraskan Sustainable Development Goals (SDG). Semoga anugerah ini menjadi pemangkin imej PICOMS serta memberi semangat kepada para pelajar untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat