Previous
Next
PICOMS News Team | 27 Ogos 2020

PROGRAM HIJRAH MERDEKA & MAJLIS PELANCARAN TAQWIM HIJRAH PICOMS-MAIWP

8 Muharram 1442H, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sempat meluangkan masa merasmikan Program Hijrah Merdeka & Pelancaran Taqwim Hijrah PICOMS-MAIWP, diiringi oleh YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, Naib Canselor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS dan jemputan DIF-DIF Kehormat yang lain.
PICOMS hadir dengan kempen ‘1 Rumah 1 Taqwim’ bagi membudayakan penggunaan kalendar hijrah yang sebenarnya amat rapat dalam kehidupan seorang Muslim.
“Taqwim ini amat penting dalam menentukan hari-hari kebesaran Islam, pengiraan zakat, iddah dan umur baligh.”
“Ia juga memainkan peranan amat kritikal dalam pengurusan kehidupan manusia yang berkait rapat dengan aktiviti sosial dan keagamaan serta urusan pentadbiran kehidupan seharian,” ulas beliau.
Kalendar Hijrah ini dihasilkan dengan kerjasama I Quest Training & Consultancy yang mana ia diterapkan dengan ciri-ciri khas, panduan amalan seharian seperti berpuasa, simbol unik yang mudah difahami dan penekanan tentang tarikh dan peristiwa penting di dalam Islam
Kalendar Hijrah PICOMS-MAIWP boleh didapati di Bizz Shoppe PICOMS, Kampus Utama PICOMS, Batu Muda dengan harga yang amat berpatutan.
Jom imarahkan taqwim hijrah!