Previous
Next
PICOMS News Team | 27 Ogos 2020

BASIC PROFESSIONAL COURSE – ADVANCEMENT & PREPARATORY INITIATIVE (BPC – ADAPT)

BPC-ADAPT adalah kursus jangka pendek bernilai RM15 000.00 yang disediakan PERCUMA oleh PICOMS, ianya dirangka bagi mempersiapkan mahasiswa/mahasiswi sebelum meneruskan pengajian diploma dalam bidang masing-masing.
Antara objektif utama Program BPC-ADAPT adalah untuk mengasah kemahiran berkomunikasi, teknologi komputer, pengukuhan rohani & jasmani, pengembangan diri secara profesional dan secara tidak langsung sebagai pendedahan kepada mahasiswa/mahasiswi kepada kehidupan fasa baharu di alam universiti.
Program BPC-ADAPT dirangka dengan teliti agar dapat memberikan input secara maksima kepada mahasiswa/mahasiswi PICOMS.
Terdapat 7 modul yang menarik yang disampaikan oleh penceramah profesional/motivator/tetamu jemputan khas antaranya ialah:
1. Academic Success
2. Digital Entrepreneurship
3. Grooming & Creating Career Portfolio
4. Pengukuhan & Pemantapan Fardhu Ain
5. Personal & Professional Development
6. Computer Skills & Digital Literacy
7. Intercultural Communication
Tetamu jemputan yang dibawa khas ialah Saudara Amin Idris (motivator/penulis/pengacara televisyen), Irma Hasmie (pelakon tanah air), Dr Mir Hazil (Dr Mir Music Theraphy), Daqmie (penyanyi), Badlisham (penyanyi) dan Nurul Shukor (makeup Artis).
Program BPC-ADAPT turut menjalinkan kolaborasi dengan Agensi terkemuka seperti Microsoft, Akademi Magnet Sukses, MDEC (eUsahawan), Meriel dan I Quest Training & Consultancy.
Diharapkan dengan penganjuran program BPC-ADAPT ini mahasiswa/mahasiswi PICOMS dapat meraih segala maklumat yang disampaikan dan mempersiapkan diri sebelum meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing.