Previous
Next
PICOMS News Team | 7 Julai 2020

KUNJUNG HORMAT PICOMS KE DARUL QURAN

YBhg. Prof. Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, Naib Canselor & Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS diiringi oleh Pengurusan Tertinggi PICOMS melakukan kunjung hormat kepada Ustaz Mohamad Kori Jusoh, Pengarah Darul Quran di Kuala Kubu Baru, Selangor.
Rombongan disambut baik oleh pihak pengurusan Darul Quran dan terus ke meja mesyuarat bagi membincangkan hasrat PICOMS iaitu mengeratkan lagi kerjasama hubungan dua hala antara PICOMS dan Darul Quran.
Baru-baru ini PICOMS telah mengadakan majlis pelancaran Program Profesional Tahfiz PICOMS (Pro Tahfiz) yang telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkfili Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Program PRo Tahfiz ini dengan tujuan untuk memperkasakan tahfiz di seluruh Malaysia agar dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Darul Quran yang tertubuh sejak 1966 telah melahirkan banyak tahfiz dan harapan PICOMS agar dapat membantu anak-anak tahfiz ini mengembangkan sayap mereka dengan memiliki sijil pendidikan yang tinggi melalui program Smart Tahfiz PICOMS, Cemerlang Tanpa SPM (APEL) A dan Tahfiz TVET OSH PICOMS yang dirangka baik selaras matlamat utama mengangkat dan membantu anak-anak tahfiz ini mempunyai taraf pendidikan yang cemerlang.
Hasrat PICOMS disambut baik dengan usaha-sama bagi menerapkan modul pembelajaran/program Darul Quran sendiri di PICOMS. Dengan ini, PICOMS kelak melahirkan graduan yang cemerlang dari segi insani dan rohani.