Previous
Next
PICOMS News Team | 6 Julai 2020

KUNJUNG HORMAT PICOMS KE AGROBANK

YBhg. Prof. Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, Naib Canselor & Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS diiringi oleh Pengurusan Tertinggi PICOMS melakukan kunjung hormat kepada Puan Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.
Tujuan kunjung hormat ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan 10 buah mesin dialisis oleh Agrobank kepada Pusat Dialisis MAIWP-PICOMS di Kampus Batu Muda.
Pusat dialisis amat membantu terutama golongan asnaf ini bakal menerima lebih banyak pesakit yang kurang berkemampuan untuk membiayai kos dialisis apabila  10 buah mesin tambahan tiba nanti.
Pesakit yang rata-rata merupakan penerima bantuan zakat Baitulmal, MAIWP mengucapkan jutaan terima kasih diatas wakaf dialisis yang disumbangkan oleh Agrobank.
Hasil daripada pertemuan dan perbincangan, PICOMS berharap dapat menjalinkan lebih banyak kerjasama yang dapat memberikan manfaat kepada kedua belah pihak serta seluruh masyarakat.